Maklumat Penanaman Celosia Castle

SIRI CELOSIA CASTLE

Celosia plumosa

PILIHAN WARNA: Oren, Kuning, Merah Jambu, Scarlet, Campuran
SAIZ BUNGA / TAMAN: Jenis Plume, Ketinggian Dalam Taman: 12”-16”
CIRI-CIRI: Tumbuh dengan banyak, semi-kerdil, banyak bercabang
KEGUNAAN: Bedding, jualan musim panas; amat sesuai untuk tanaman luaran yang besar, memberikan pemandangan warna yang indah


CADANGAN PERTUMBUHAN

SAIZ BEKAS:
SEMAIAN: Dulang 288 atau yang lebih besar
DEWASA: Pek besar sehingga pasu 4”, beberapa tanaman dalam bekas yang besar

PERINGKAT PERCAMBAHAN
PERCAMBAHAN 8-10 hari / 72-75 °F / tutup biji benih sedikit
- EC (PENGAIRAN SECARA TUANGAN):
--- percambahan sehingga perkembangan kotiledon = <0.5 mS/cm
--- perkembangan kotiledon sehingga penghasilan anak benih = <1.0 mS/cm

PENGHASILAN ANAK BENIH
- 3 hingga 5 minggu dalam dulang semaian 288 lubang

PERINGKAT AKHIR :
- PEMINDAHAN: 20-30 hari selepas semaian
- PEMBUNGAAN: 60-70 hari
- SUHU: 70-75 °F siang / 65-68 °F malam
- EC: 1.0-2.6 mS/cm (Pengairan Secara Tuangan)
- pH: 6.0-6.6

DALAM TAMAN :
NOTA:
- Maklumat tentang kekurangan nutrien untuk Celosia telah disiarkan dalam isu June 2001 GM Pro
- Tumbuhan dewasa dalam pek akan mengambil masa lebih kurang 9 – 10 minggu
- Penggunaan A-Rest, Cycocel, B-Nine, Bonzi dan Sumagic telah memberikan kesan positif dalam siri “Castle”
- Secara keseluruhannya, penyiraman adalah minima dan kekeringan adalah perlu. Akan tetapi keadaan yang terlampau kering hendaklah dielakkan kerana ianya akan menyebabkan pembungaan yang terlalu awal.
- Kekuatan anak tumbuhan telah menunjukkan kesan yang sensitif terhadap saiz dulang. Semasa tempoh percubaan di California, penggunaan dulang semaian dengan lubang yang kurang dari 288 telah menyebabkan anak tumbuhan terbantut dan masa yang lama diperlukan untuk penghasilan produk akhir. Ini juga akan menyebabkan kelambatan pertumbuhan bunga sehingga 5 – 7 hari.